Sains farmakeutikal Perubatan_Islam_sewaktu_zaman_pertengahan

Al-Kindi adalah seorang doktor Arab abad ke-9 yang bernamaan yang menulis banyak buku pada tajuk perubatan. Karya terpenting dalam bidang adalah De Gradibus, di mana dia menunjukkan kegunaan matematik pada perubatan, khususnya pada bidang farmakologi. Ini termasuk perkembangan skala matematik untuk mengukur kekuatan ubat, dan sebuah system yang berasaskan fasa-fasa Bulan.[39]

Dalam Comprehensive Book of Medicine, Razi (Rhazes) merakamkan kejadian kilink pada pengalamannya dan memberikan rakaman yang sangat berguna pada pelbagai penyakit. Comprehensive Book of Medicine, dengan pengenalan campak dan cacar, adalah sangat berpengaruh di Eropah. Razi juga menjalankan sebuah eksperimen supaya dapat mencari sebuah tempat yang terbersih pada kesihatan untuk membina sebuah hospital. Dia menggantung kepingan daging di tempat-tempat di sepanjang Baghdad pada abad ke-10 dan memperhatikan di mana daging mereput kurang cepat, dan di situlah di mana dia membina hospital.

Pada abad ke-10, Abu al-Mansur al-Muwaffak menjelaskan pada kali pertama sesetengah fakta kimia untuk membezakan sesetengah ubat.[77]

Farmakologi Klinik

Sumbangan Avicenna pada farmakologi dan sains farmakeutikal dalam Qanun Perubatan (1020an) termasuk pengenalan eksperimentasi bersistem dan kuantifikasi ke dalam farmakologi dan kajian fisiologi,[25] pengenalan farmakologi klinik,[32]ubat bereksperimen,[26] ubat berasaskan bukti, percubaan klinik,[27]percubaan berganjil kawalan,[28][29]ujian efikasi,[30][31]kegunaan bereksperimen dan pengujian ubat, sebuah panduan tepat untuk eksperimentasi praktikal dalam proses penemuan dan membuktikan keberkesanan bahan perubatan,[38] dan penjelasan berhati-hati pertama pada masalah kulit, penyakit kelamin, ketentangan, dan penyakit saraf,[15] dan juga kegunaan ais untuk merawat demam, dan pemisahan ubat dari farmakologi, yang juga penting bagi perkembangan sains farmakeutikal.[35] Qanun meletakkan peraturan dan prinsip-prinsip untuk pengujian keberkesanan ubat dan rawatan baru, yang masih membentuk asas farmakologi klinik[32] and modern clinical trials:[27]

  1. "Ubat seharusnya bebas dari mana-mana kualiti kemalangan tidak berkaitan."
  2. "Ia seharusnya digunakan pada penyakit yang mudah, bukan komposit."
  3. "Ubat seharusnya diujukan dengan dua jenis penyakit, kerana kadang-kadang ubat merawat satu penyakit dengan kualiti asasnya dan lagi satu dengan yang tidak sengaja."
  4. "Kualiti ubat seharusnya berkorespon dengan kekuatan penyakit. Contohnya, ada sesetengah ubat yang kepanasannya kurang daripada kesejukan sesetengah penyakit, walaupun mereka tidak mempunyai kesan pada mereka."
  5. "Waktu tindakan seharusnya diperhatikan, supaya intipati dan kemalangan tidak dikelirukan."
  6. "Kesan ubat seharusnya dilihat bermuncul secara tetap atau dalam banyak hal, jika ia tidak berlaku, ia adalah suatu kesan tidak sengaja."
  7. "Eksperimentasi seharusnya dilakukan dengan tubuh manusia, untuk mengujikan ubat pada seekor singa atau seekor kuda mungkin tidak dapat membuktikan apa-apa mengenai kesannyua pada manusia."

Farmasi

Dalam bidang farmasi, kedai ubat yang pertama dibuka oleh ahli parmasi Muslim di Baghdad pada 754,[78] sementara kedai apotekari telah juga dibuka oleh para pengamal Muslim.[79]

Kemajuan dilakukan sewaktu di Timur Tengah oleh ahli kimia Muslim dalam botani dan kimia membawa doktor-doktor Muslim dengan banyak membangunkan farmakologi. Muhammad ibn Zakarīya Rāzi (Rhazes) (865-915), contohnya, bertindak untuk kegunaan perubatan majmuk kimia. Abu al-Qasim al-Zahrawi (Abulcasis) (936-1013) merintiskan penyediaan ubat dengan pemejalwapan dan penyulingan. Liber servitoris adalah suatu keminatan khususnya, oleh kerana ia memperuntukkan pembaca dengan resipi dan menjelaskan bagaimana hendak menyediakan 'ringkasan' dari mana ia memajmukkan ubat kompleks kemudian digunakan secara umum. Shapur ibn Sahl (d 869), adalah, meskipun, doktor pertama untuk memulakan farmakopoeia, menjelaskan ubat dan remedi untuk penyakit. Al-Biruni (973-1050) mengarangkan salah satu dari karya Islam ternilai pada farmakologi berjudul Kitab al-Saydalah (Buku Ubatan), di mana dia memberikan ilmu rinci pada ciri-ciri ubat dan menggariskan bentuk watak farmasi dan fungsi dan tugas ahli farmasi. Ibn Sina (Avicenna), juga, menjelaskan tidak kurang daripada 700 penyediaan, ciri-ciri mereka, cara membuat tindakan dan penandaan mereka. Dia membaktikan ternyatanya keseluruhan jilid pada ubat mudah dalam Qanun Perubatan. Kesan hebat adalah juga karya-karya oleh al-Maridini dari Baghdad dan Kaherah, dan Ibn al-Wafid (1008-1074), kedua-dua mereka dicetakkan dalam bahasa Latin lebih daripada lima puluh kali, bermuncul sebagai De Medicinis universalibus et particularibus oleh `Mesue' yang lebih muda, dan Medicamentis simplicibus oleh `Abenguefit'. Peter dari Abano (1250-1316) menterjemahkan dan menambah suatu tambahan pada karya al-Maridini di bawah judul De Veneris. Sumbangan Al-Muwaffaq dalam bidang itu juga dirintiskan. Hidup pada kurun ke-10, dia menulis asas ciri-ciri benar Remedi, di kalangan yang lain menjelaskan arsenious oxide, dan mengenalkan asid silikik. Dia membuatkan perbezaan di antara natrium karbonat dan karbonat kalium, dan menarik perhatian pada sifat keracunan majmuk tembaga, khususnya vitriol tembaga, dan juga majmuk lead. Untuk ceritanya, dia juga menyebut penyulingan air laut sesuai untuk minum.[80]

Analgesik, antiemetik, antipiretik, diuretik

Di dunia zaman pertengahan Islam, para doktor Arab menemukan ciri diuretic, antiemetic, antiepileptic, anti-inflammatory, analgesic (pain killing) dan antipyretic pada kanabis perubatan, khususnya cannabis sativa, dan menggunanyua secara lebar sebagai rawatan dari abad ke-8 hingga ke-18.[81]

Antiseptik

Razi (abad ke-10) mengguna majmuk merkuri sebagai antiseptik betajuk. Dari abad ke-10, doktor dan doktor bedah Islam menggunakan alkohol pada luka sebagai suatu ajen antiseptik. Doktor bedah Islam Sepanyol menggunakan kaedah khas untuk mengekalkan antisepsis sebelum dan selepas waktu operatif. Kadar kejayaan adalah sangat tinggi bahawa rombongan sepanjang Eropah datang ke Córdoba, Sepanyol, untuk dirawat di mana telah perbandingnya "Klinik Mayo" pada Zaman Pertengahan.[82]

Ubat perubatan dan terapeutik

Razi, Avicenna, al-Kindi, Ibn Rushd, Abu al-Qasim, Ibn Zuhr, Ibn al-Baitar, Ibn Al-Jazzar, Ibn Juljul, Ibn al-Quff, Ibn an-Nafs, al-Biruni, Ibn Sahl dan beratus-ratusan doktor Islam lain mengembangkan terapi ubat dan ubat perubatan untuk rawatan simptom dan penyakit khusus. Perkataan "drug" (ubat) berasal dari bahasa Arab[perlu rujukan]. Kegunaan pengalaman beramal dan pemerhatian secara hati-hati adalah ekstensif.[82]

Ubat kemoterapi pertama dikembangkan di dunia Islam. Doktor Islam menggunakan sepelbagaian bahan khusus untuk membinasakan microbes. Mereka menggunakan sulfur mengikut topik khususnya untuk membunuh scabies mite.[82]

Abulcasis mengembangkan sepelbagaian perubatan, yang dia menjelaskan dalam adegan kosmetik Al-Tasrif (c. 1000). Untuk sawan dan seizures, dia mencipta perubatan digelar Ghawali dan Lafayfe. Untuk ketenangan dan rawatan common colds, dia mencipta Muthallaathat, yang disediakan dari camphor, musk dan madu, mirip dengan Vicks Vapour Rub, suatu cream topical moden. Abulcasis juga mencipta nasal sprays dan krim tangan, dan mengembangkan pencuci mulut yang berkesan.[83]

Alkohol perubatan

Pelbagai ahli kimia Islam menghasilkan gred-ubat alkohol melalui penyulingan seawal abad ke-10 dan mengilangkan pada suatu skala besar alat penyulingan pertama untuk kegunaan dalam kimia. Mereka menggunakan alkohol sebagau suatu pelarut dan antiseptik.[82]

Rujukan

WikiPedia: Perubatan_Islam_sewaktu_zaman_pertengahan http://www.islam.org.br/al_jazzar.htm http://www.mala.bc.ca/~mcneil/baitart.htm http://www.ottawaheart.ca/UOHI/bio/Tofy_Mussivand.... http://www.1001inventions.com/index.cfm?fuseaction... http://www.allamaiqbal.com/works/prose/english/rec... http://www.angelfire.com/md/Takrouri/Ibn_alNafis.h... http://www.bookrags.com/history/islam-science-tech... http://encyclopedia.farlex.com/Islamic+medicine http://findarticles.com/p/articles/mi_qn4158/is_20... http://translate.google.com/translate?u=https://en...